Wednesday, February 10, 2010

Akhwat Tersayang

Buat akhwat trsayang, Perempuan yang suci adalah perempuan yang di jaga oleh ALLAH,tidak sedikit pun Allah membenarkan mana-mana lelaki menyentuh dirinya walaupun hatinya...Tetapi andai kita bergelumang dengan cinta lelaki, di mana Allah untuk menjaga kita?Allah seperti melepaskan kita kepada seorang manusia yang lebih banyak mengecewakan kita" "Jika ALLAH datangkan kesedaran dalam diri supaya meninggalkan cinta seorang lelaki ,bermakna Allah mahu ambil kita kembali untuk dijagaNya..Mengapa masih ragu-ragu?" "Kekuatan usah di tunggu tapi harus dicari" Hargailah di atas kesempatan yang Allah berikan... "Sebesar-besar dosa adalah dosa yang di lakukan ketika rasa berdosa melakukannya" -Imam Ghazali-

Rahsia memimpin wanita

Tidak dapat dinafikan bahawa hidup wanita dipengaruhi dan dikuasai oleh perasaannya. Ini kerana wanita kaya dengan perasaannya. Sembilan persepuluh (90%) daripada wanita adalah perasaannya. Hanya satu persepuluh (10%) adalah pertimbangan akalnya.

Dalam membimbing dan memimpin wanita, lelaki hendaklah merancang untuk mengubah dan mewujudkan setiap rasa yang dikehendaki dalam dada wanita yang bergelar anak, isteri dan ibu. Untuk itu seharusnya, kaum lelaki tahu dan mempunyai daya kekuatan yang tinggi supaya dapat merancang apa yang diingini pada diri setiap wanita sebelum memiliki mereka.

Disinilah antara kejayaan para Rasul, Nabi dan wali Allah swt dalam memimpin umat manusia. Mereka dapat menguruskan hati manusia kerana berjaya mencetak perasaan mereka hingga menjadi umat yang patuh dan taat kepada Allah swt.


"PIMPINLAH KAMI DENGAN KASIH SAYANG"


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala- galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s. tetap merindukan Siti Hawa. Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.

Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, karena mereka diciptakan begitu rupa dari bahagian tubuh lelaki. Didiklah mereka dengan panduan dariNya:

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR, JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.

Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, disitulah kuncinya. AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU, HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN, PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK .

Suburkanlah kebaikan karena dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau women gladiator.

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya itulah kasih sayang Allah, karena rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki berwajah: negarawan, karyawan, jutawan, hartawan, dan wan-wan lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak bisa diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan .

LEBIH BANYAK LELAKI YANG DIROSAKKAN OLEH PEREMPUAN DARIPADA PEREMPUAN YANG DIROSAKKAN OLEH LELAKI. SEBODOH-BODOH PEREMPUAN PUN BOLEH MENUNDUKKAN SEPANDAI-PANDAI LELAKI.

Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak boss telah kehilangan setiausaha, bahkan anakpun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita durhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rusaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan diri.

Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah PIMPINLAH DIRI SENDIRI DAHULU KEPADA-NYA, jinakan diri dengan Allah, niscaya jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan anda.

Friday, January 15, 2010

Warkah Buat Hawa.

Assalamualaikum.

HAWA ,
andai engkau masih remaja, jadilah anak yg solehah bt kedua ibubapamu,
andai engkau sudah bersuami, jadilah isteri yang meringankan beban suamimu,
andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din ALLAH...

HAWA,
andai engkau belum berkahwin, janganlah kau risau jodohmu,
ingatlah janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrimmu, kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,
maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam sekaligus disusuli dengan pertemuan, takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri...

HAWA,
lelaki yang baik tidak melihat pada paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keayuannya,
lelaki yang warak, tidak menilai wanita melalui kemanjaannya serta kemampuannya mengoncang iman lelaki,
tetapi,
lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan yang paling penting pegangan agamanya.
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya, kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya,
lelaki yang warak juga, tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita, yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu HAWA,
jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu.
Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta ALLAH, yang memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,
biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik, serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

HAWA,
cintailah ALLAH dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai ALLAH.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan ALLAH, cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncangkan dunia, juga mengoncangkan iman lelaki..

TUNDUKKAN PANDANGANMU WAHAI KAUM HAWA…
WASSALAM WBT…

Saturday, November 21, 2009

Buat sang puteri

Assalamualaikum puteriku,

Siapalah diriku ini untuk membuat dirimu mengangis sebak. Apakah layak bagi diriku yang serba kekurangan ini untuk menasihatimu. Namun ingin jua kuluahkan apa yang telah lama kusimpan di dalam jiwaku yang lara ini supaya kau lebih mengerti,

Puteriku,
Kupasti dirimu sangat mengetahui bahawa engkau merupakan hiasan duniawi. Namun, fikirkan....layakkah gelaran itu dianugerahi untukmu sedangkan dunia pun tidak pernah kau hiasi dengan akhlakmu. Ketahuilah, sebaik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Bukanlah niatku untuk mengguris hatimu duhai puteriku. Mungkin dikau berasa sedikit aneh, mengapa mulutku begitu lancang sahaja menuturkan kata-kata seperti ini. Kerana aku juga salah seorang daripada ummat Rasulullah yang sangat sedih dengan keadaanmu masa kini. Malah lebih tepat lagi kerana aku jua seorang puteri sepertimu. Moga kita terselamat daripada arus modenisasi dan ideologi barat yang terang-terangan menggugah kelahiran muslimah islam yang enar-benar mukminah.

Puteriku,
Dewasa ini, terkadang aku berfikir sendirian, tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa semakin hari, semakin ramai puteri yang kecundang di dalam lembah kemaksiatan yang penuh dengan tipu daya iblis 'aduwwullah! Kian ramai juga puteri yang lebih memilih untuk bertuhankan hawa nafsu yang bakal menjerumuskan diri mereka di lembah yang hina. Sedih sekali bila difikirkan kembali, aku juga seorang puteri sepertimu namun aku masih belum mampu menyedarkan dan menarikmu kembali kepada fitrahmu yang suci. Maafkan aku Rabb. Sesungguhnya hambamu yang hina ini masih mencuba mencari-cari kekuatan untukku bangkit semula meskipun bersendirian menangani ideologi hedonisme yang kian menular, merebak umpama racun berbisa yang menyerang puteri-puteri islam.

Puteriku,
Sebenarnya ingin aku mengungkapkan sesuatu namun ternyata terlalu sukar untukku ungkapkan. Aku merasakan.....ah!! Suatu perasaan yang begitu payah untukku gambarkan. Mungkin kau tidak mengerti jua memahami. Hakikatnya, ramai yang telah menyedari bahawa telah ramai puteri yang jauh daripada Rabbul Izzati. Benarkah puteriku? Ya Allah! satu kenyataan yang begitu sukar untuk ditelan. Siapa yang telah kau semadikan di hatimu mengatasi tuhanmu? Lelaki manakah yang telah merampas tempat Allah di hatimu? Iblis ketawa kegembiraan. Puas!!! Puas bila melihat ramai puteri yang telah tertipu masuk ke perangkapnya. Sesungguhnya telah terbukti bahawa 'couple' itu haram melalui firman Allah dalam surah Al-Isra'. Tiada juga istilah 'islamic couple' di dalam islam. Semua itu hanyalah tipu daya iblis semata-mata. Kebenaran pasti akan datang mengatasi kebatilan, sesungguhnya " no couple before akad".Janganlah kau biarkan dirimu sentiasa dalam kemurkaan tuhan yang esa.

Puteriku,
"Mujahidah solehah idaman setiap mujahid soleh". Sematkan kata-kata ini di hatimu. Semoga dirimu sentiasa berwaspada. Jangan kau biarkan seorang lelakipun menyentuhmu sekalipun menyentuh hatimu. Hanya lelaki yang benar-benar layak sahaja yang mampu memilikimu. Letakkan dirimu dalam peliharaan tuhanmu. Usahlah jua kau pamerkan keindahanmu kerana ketahuilah ia tidak akan pernah kekal malah pasti akan lapuk ditelan zaman.

Aku yakin puteriku, masih ada sinar harapan yang akan membuatku tersenyum bangga melihat puteri menjadi sayap kiri perjuangan suami. Akhir kata, jagalah dirimu kerana kau begitu berharga.

Thursday, September 17, 2009

Istimewanya seorang wanita


"Benarkah wanita itu istimewa ya? Apa buktinya?"
Jikalau anda ditanya dengan soalan sebegini. Apa agaknya yang akan anda jawab? =)
Baiklah puteriku, saya pernah ditanya dengan soalan sebegini dan yang menanyakannya juga adalah seorang wanita. (=^_^=). Jadi, jawapan apa yang harus diberi ya?
Puteri kebanggaanku, jawapannya mudah sahaja. (Tetapi ini adalah sekadar pendapat daripada saya, jikalau ada yang tidak bersetuju, terpulanglah.) Kejadian wanita dan penciptannya sudah cukup istimewa. Lihatlah, wanita dikurniakan 'rahim'. Jikalau kita menelitinya, bukankah rahim adalah daripada perkataan Bahasa Arab dan ia bermaksud pengasih? Jadi, daripada ini, kita sudah dapat melihat betapa istimewanya seorang wanita bukan?
Rahim wanita yang bermaksud pengasih, tidak dikurniakan kepada lelaki. Jadi, istimewanya wanita kerana ia mempunyai suatu organ yang pengasih sesuai dengan sifat keibuannya.

Thursday, September 10, 2009

Kau begitu berharga




Puteriku, disebalik wajahmu yang ayu dan cantik itu, terdapat sebuah tengkorak yang amat mengerikan. Sedarlah duhai puteriku, segala kecantikan yang menjadi kebanggaanmu selama ini kan fana jua akhirnya, ia tidak akan kekal lama.

Namun kau jua harus tahu, kejadianmu teramat istimewa. Ketabahanmu seorang ibu, ketaatanmu sang isteri dan keayuanmu seorang puteri. Puteriku sayang, padamu ada segalanya yangg didambakan oleh para mujahid. Dirimu sangat mempesona. Lelaki yg waras boleh jadi gila kerana dirimu puteriku. Malah, dua sahabat baik juga boleh berbunuhan keranamu. Kau sangat hebat. Dari perutmu, lahirnya wali, nabi dan para syahidin. Dibawah telapak kakimu pula, adanya syurga. Air mata sucimu mampu melemahkan kaum Adam. Panahan matamu mampu mencairkn hati si dia yg telah lama membeku.

Insan segagah lelaki memerlukn insan selembut wanita. Lelaki tanpa wanita ibarat kapal tanpa nakhoda. Namun, kerana wanita lelaki tewas. Mujahid soleh memerlukn mujahidah solehah sebagai sayap kiri perjuangan. Sedangkan insan seagung Rasulullah memerlukan Khadijah untuk menyelimutinya dikala ketakutan, apatah lagi lelaki biasa. Puteri kebanggaanku, tutuplah segala perhiasanmu sebaik-baiknya kerana ia punca kepada fitnah dunia. Jangan biarkan lelaki yang tidak layak melihat segala milikmu. Dirimu terlampau mahal mengalahkan mahalnya intan permata. Malah, jika dihimpun emas segunung pun belum tentu dirimu akan mampu dimiliki. Ketahuilah puteriku, kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti. Sedarlah duhai puteri kesayanganku, kau begitu berharga.