Saturday, November 21, 2009

Buat sang puteri

Assalamualaikum puteriku,

Siapalah diriku ini untuk membuat dirimu mengangis sebak. Apakah layak bagi diriku yang serba kekurangan ini untuk menasihatimu. Namun ingin jua kuluahkan apa yang telah lama kusimpan di dalam jiwaku yang lara ini supaya kau lebih mengerti,

Puteriku,
Kupasti dirimu sangat mengetahui bahawa engkau merupakan hiasan duniawi. Namun, fikirkan....layakkah gelaran itu dianugerahi untukmu sedangkan dunia pun tidak pernah kau hiasi dengan akhlakmu. Ketahuilah, sebaik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Bukanlah niatku untuk mengguris hatimu duhai puteriku. Mungkin dikau berasa sedikit aneh, mengapa mulutku begitu lancang sahaja menuturkan kata-kata seperti ini. Kerana aku juga salah seorang daripada ummat Rasulullah yang sangat sedih dengan keadaanmu masa kini. Malah lebih tepat lagi kerana aku jua seorang puteri sepertimu. Moga kita terselamat daripada arus modenisasi dan ideologi barat yang terang-terangan menggugah kelahiran muslimah islam yang enar-benar mukminah.

Puteriku,
Dewasa ini, terkadang aku berfikir sendirian, tertanya-tanya penuh kemusykilan. Mengapa semakin hari, semakin ramai puteri yang kecundang di dalam lembah kemaksiatan yang penuh dengan tipu daya iblis 'aduwwullah! Kian ramai juga puteri yang lebih memilih untuk bertuhankan hawa nafsu yang bakal menjerumuskan diri mereka di lembah yang hina. Sedih sekali bila difikirkan kembali, aku juga seorang puteri sepertimu namun aku masih belum mampu menyedarkan dan menarikmu kembali kepada fitrahmu yang suci. Maafkan aku Rabb. Sesungguhnya hambamu yang hina ini masih mencuba mencari-cari kekuatan untukku bangkit semula meskipun bersendirian menangani ideologi hedonisme yang kian menular, merebak umpama racun berbisa yang menyerang puteri-puteri islam.

Puteriku,
Sebenarnya ingin aku mengungkapkan sesuatu namun ternyata terlalu sukar untukku ungkapkan. Aku merasakan.....ah!! Suatu perasaan yang begitu payah untukku gambarkan. Mungkin kau tidak mengerti jua memahami. Hakikatnya, ramai yang telah menyedari bahawa telah ramai puteri yang jauh daripada Rabbul Izzati. Benarkah puteriku? Ya Allah! satu kenyataan yang begitu sukar untuk ditelan. Siapa yang telah kau semadikan di hatimu mengatasi tuhanmu? Lelaki manakah yang telah merampas tempat Allah di hatimu? Iblis ketawa kegembiraan. Puas!!! Puas bila melihat ramai puteri yang telah tertipu masuk ke perangkapnya. Sesungguhnya telah terbukti bahawa 'couple' itu haram melalui firman Allah dalam surah Al-Isra'. Tiada juga istilah 'islamic couple' di dalam islam. Semua itu hanyalah tipu daya iblis semata-mata. Kebenaran pasti akan datang mengatasi kebatilan, sesungguhnya " no couple before akad".Janganlah kau biarkan dirimu sentiasa dalam kemurkaan tuhan yang esa.

Puteriku,
"Mujahidah solehah idaman setiap mujahid soleh". Sematkan kata-kata ini di hatimu. Semoga dirimu sentiasa berwaspada. Jangan kau biarkan seorang lelakipun menyentuhmu sekalipun menyentuh hatimu. Hanya lelaki yang benar-benar layak sahaja yang mampu memilikimu. Letakkan dirimu dalam peliharaan tuhanmu. Usahlah jua kau pamerkan keindahanmu kerana ketahuilah ia tidak akan pernah kekal malah pasti akan lapuk ditelan zaman.

Aku yakin puteriku, masih ada sinar harapan yang akan membuatku tersenyum bangga melihat puteri menjadi sayap kiri perjuangan suami. Akhir kata, jagalah dirimu kerana kau begitu berharga.

Thursday, September 17, 2009

Istimewanya seorang wanita


"Benarkah wanita itu istimewa ya? Apa buktinya?"
Jikalau anda ditanya dengan soalan sebegini. Apa agaknya yang akan anda jawab? =)
Baiklah puteriku, saya pernah ditanya dengan soalan sebegini dan yang menanyakannya juga adalah seorang wanita. (=^_^=). Jadi, jawapan apa yang harus diberi ya?
Puteri kebanggaanku, jawapannya mudah sahaja. (Tetapi ini adalah sekadar pendapat daripada saya, jikalau ada yang tidak bersetuju, terpulanglah.) Kejadian wanita dan penciptannya sudah cukup istimewa. Lihatlah, wanita dikurniakan 'rahim'. Jikalau kita menelitinya, bukankah rahim adalah daripada perkataan Bahasa Arab dan ia bermaksud pengasih? Jadi, daripada ini, kita sudah dapat melihat betapa istimewanya seorang wanita bukan?
Rahim wanita yang bermaksud pengasih, tidak dikurniakan kepada lelaki. Jadi, istimewanya wanita kerana ia mempunyai suatu organ yang pengasih sesuai dengan sifat keibuannya.

Thursday, September 10, 2009

Kau begitu berharga




Puteriku, disebalik wajahmu yang ayu dan cantik itu, terdapat sebuah tengkorak yang amat mengerikan. Sedarlah duhai puteriku, segala kecantikan yang menjadi kebanggaanmu selama ini kan fana jua akhirnya, ia tidak akan kekal lama.

Namun kau jua harus tahu, kejadianmu teramat istimewa. Ketabahanmu seorang ibu, ketaatanmu sang isteri dan keayuanmu seorang puteri. Puteriku sayang, padamu ada segalanya yangg didambakan oleh para mujahid. Dirimu sangat mempesona. Lelaki yg waras boleh jadi gila kerana dirimu puteriku. Malah, dua sahabat baik juga boleh berbunuhan keranamu. Kau sangat hebat. Dari perutmu, lahirnya wali, nabi dan para syahidin. Dibawah telapak kakimu pula, adanya syurga. Air mata sucimu mampu melemahkan kaum Adam. Panahan matamu mampu mencairkn hati si dia yg telah lama membeku.

Insan segagah lelaki memerlukn insan selembut wanita. Lelaki tanpa wanita ibarat kapal tanpa nakhoda. Namun, kerana wanita lelaki tewas. Mujahid soleh memerlukn mujahidah solehah sebagai sayap kiri perjuangan. Sedangkan insan seagung Rasulullah memerlukan Khadijah untuk menyelimutinya dikala ketakutan, apatah lagi lelaki biasa. Puteri kebanggaanku, tutuplah segala perhiasanmu sebaik-baiknya kerana ia punca kepada fitnah dunia. Jangan biarkan lelaki yang tidak layak melihat segala milikmu. Dirimu terlampau mahal mengalahkan mahalnya intan permata. Malah, jika dihimpun emas segunung pun belum tentu dirimu akan mampu dimiliki. Ketahuilah puteriku, kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti. Sedarlah duhai puteri kesayanganku, kau begitu berharga.

Jika Aku Jatuh Cinta




Sesungguhnya apa yang kudambakan,
Hanyalah cinta Allah yang esa,
Kerana cinta kepada Rasulullah,
Beerti cinta kepada Allah.

Buat Ratuku



Jangan rendahkan martabat wanita setelah Islam mengangkatnya.